AutoCAD with AI

Dari arahan kepada drawing.
Belajar guna AI untuk P&ID, model 3D, detail 2D dan revisi — melalui workflow projek sebenar.

Dapatkan akses — RM79

Tonton pengenalan kursus (2 minit)

Lihat apa yang anda akan belajar, termasuk model 3D yang AI bina terus dalam AutoCAD daripada tiga sheet drawing 2D.

Bukan sekadar chat. Cuba pada drawing sebenar.

Kursus ini untuk drafter yang nak siapkan kerja lebih lancar, dan engineer yang perlu hasilkan drawing sendiri.

Belajar sambungkan Claude ke AutoCAD, beri arahan yang lengkap dan semak hasil sebelum digunakan. Demo merangkumi P&ID, 2D ke 3D, detail 2D, isometric dan revisi selepas komen client.

AI boleh bantu melukis. Kepakaran drafting, keputusan engineering dan semakan akhir tetap pada anda.

Apa yang anda akan belajar: 5 workflow projek sebenar

P&ID yang dilukis AI dalam AutoCAD

P&ID daripada 3D dan BOM

AI lukis P&ID dalam DWG guna entity CAD sebenar, lengkap dengan line list, legend dan tie-in point.

Model 3D solid metering skid

Tiga sheet 2D jadi model 3D

AI baca view, dimension dan BOM, kemudian bina model 3D solid dalam DWG baharu tanpa ubah drawing asal.

Plan dan elevation 2D daripada model 3D

Detail 2D daripada model 3D

Plan dan elevation skala 1:20 dengan dimension native AutoCAD yang boleh diedit, dikeluarkan terus daripada model 3D.

Isometric single line dengan nombor weld joint

Isometric dengan bilangan weld joint

Isometric single line untuk metering station, siap dengan 39 weld joint yang dikira semula selepas pembetulan.

Jadual line list selepas revisi

Revisi selepas komen client

Banyak komen client dalam satu arahan, dengan salinan Before, semakan PDF dan bukti dalam bentuk nombor.

Kursus AutoCAD with AI — P&ID, 2D ke 3D, detail 2D, isometric, revisi

Sebelum mula, sediakan ini

  • Asas AutoCAD dan komputer Windows.
  • AutoCAD penuh — contoh kursus menggunakan AutoCAD 2023. Workflow COM ini bukan untuk AutoCAD LT atau Mac.
  • Claude desktop dengan pelan yang menyediakan akses Claude Code.
  • Salinan drawing sendiri untuk latihan.

Lesen AutoCAD dan langganan Claude tidak termasuk dalam harga kursus. Semak harga dan akses pelan semasa sebelum melanggan.

Ikut mengikut urutan: kenal AI → setup → prompt → workflow → semakan → troubleshooting.

Satu kursus. Bayaran sekali.

RM79 sekali bayar untuk kursus AutoCAD with AI. Akses seumur hidup, belajar ikut rentak sendiri. Lesen perisian dan langganan AI dibayar berasingan.

Kursus Penuh — Bayaran Sekali

MYR 79
19 video · 7 modul · Bahasa Melayu
Dapatkan akses kursus →
FPXDuitNowTouch 'n GoPayNow (SG)DANA (ID)Visa / Mastercard

Pembeli dari Singapura dan Indonesia boleh bayar dengan aplikasi tempatan; jumlah ditukar ikut kadar semasa. Pembayaran diproses oleh HitPay.

Kurikulum kursus

1Mula Di Sini — Pengenalan Kursus
  • 0.1 | Selamat Datang & Pakej Claude yang Diperlukan
  • 0.2 | Untuk Siapa Kursus Ini & Apa yang Anda Dapat
2Modul 1 — Kenal AI
  • 1.1 | AI Tulis Code, AutoCAD yang Melukis
  • 1.2 | Chatbot Biasa vs Agentic AI
  • 1.3 | Tiga Tahap Guna AI & Macam Mana AI Kawal AutoCAD
  • 1.4 | Bahagikan Kerja Antara AI dan Anda
3Modul 2 — Setup
  • 2.1 | Apa yang Perlu Ada Sebelum Mula
  • 2.2 | 5 Langkah Sambung Claude ke AutoCAD
  • 2.3 | Ujian Pertama: AI Baca Drawing, Tak Ubah Apa-apa
4Modul 3 — Prompt
  • 3.1 | Formula Prompt: 5 Bahagian Dalam Satu Arahan
  • 3.2 | Arahan Sama, Hasil Berbeza (Contoh Prompt P&ID)
  • 3.3 | Arahan Sebenar: 2D ke 3D (Guna Suara)
5Modul 4 — Workflow Projek Sebenar
  • 4.0 | Lima Workflow Daripada Projek Sebenar
  • 4.1 | Workflow 1: AI Lukis P&ID Daripada 3D dan BOM
  • 4.2 | Workflow 2: Tiga Sheet 2D Jadi 3D Solid
  • 4.3 | Workflow 3: Keluarkan Detail 2D Daripada Model 3D
  • 4.4 | Workflow 4: Isometric dengan Bilangan Weld Joint
6Modul 5 — Semak Hasil AI
  • 5.1 | Revisi & Semak Hasil AI
7Modul 6 — Bila Tak Jalan
  • 6.1 | Bila Tak Jalan: AutoCAD Sibuk & 5 Masalah Biasa

Dapatkan akses — RM79